Pertama
berjumpa, hati banyak berkata-kata, jiwa terbayangkan sesuatu dan fikiran entah
apa yang terfikir saat itu. Niat hati mencuba dapatkan nya, tapi fikiran
mengelak, kerana dalam keadaan itu seluruh badan seakan menunjukkan hal yang
tak akan pernah berlaku. Jujur perasaan ini tidak pernah terasa sebelumnya,
sukar di istilah mengunakan kata-kata, cuma rasa ini menjadi tanda tanya. Keadaan
itu bermula semasa kita dalam keadaan yang sangat pelik, dia membantu bekas
kekasih untuk membaiki tayar moto yang pancit. Walaupun gelap tapi wajahnya
terang dalam penglihatan ini.
Setiap
hari dipenuhi kegiataan, seperti berkerja sambil belajar. Banyak perancagan
yang perlu dibuat selepas exam, untuk memenuhi masa daripada buat hal yang
tidak penting. Di kampus tidak ada yang dapat selain belajar, kerana sikap yang
jarang bergaul dengan rakan-rakan lain, hanya bersama dengan mereka apabila
makan. Bukan sikap yang suka menyendiri sebenarnya, hanya kurang menarik
bergaul dengan mereka, karana sikap mereka yang suka merendahkan harga diri
orang lain. Daripada pandangan luar mereka sangat cantik dan bergaya, tapi itu
pun mengaharap pinjaman PTPTN. Kerana keluarga yang menyara pendidikan ini,
sebab itu sukar untuk mendapatkan wang untuk kegunaan lain. Melainkan mereka
yang ingin pergi berbelanja, boleh minta apa yang perlu untuk digunakan. Tungu
wang sampai ketangan barulah boleh beli-belah untuk diri sendiri. Kalau
dihayati dengan lebih mendalam kehidupan semua orang belaianan ada juga persamaan,
tapi jarang sangat. Kisah diri ini kalau dihayati dengan teliti tidak ada yang
menarik.
Bermula
dari keluarga yang tidak bersikap sejuk, hari-hari berapi dan dengan masalah
dalam rumah yang tidak ada habis-habisnya. Mungkin banyak kelelawar dalam
rumah, sebab itulah rumah tidak pernah bersih dengan masalah. Juga dengan bekas
kekasih yang setiap saat curang dan bermasalah dalam kewangan. Tidak pernah
mengelak untuk cuba membatunya, kerana hati tidak pernah terasa berat untuk
membantunya. Antara tipu ataupun tidak, tidak tahu kebenaranya. Tapi pada saat
akhir terasa semuanya hanya lakonannya belaka, dia memang lelaki yang
pentingkan dirinya sendiri dan kekayaan seseorang, maksud yang jelas gilakan
wang atau kasanova. Entah mana wangnya pergi, sesenpun tidak pernah terasa dan
nampak duitnya selama berkawan dengannya.
Hendak dikatakan dari tahun 2008
sehinggalah tahun 2010 lakonannya sangatlah pandai, untuk menarik simpati dari
setiap wanita yang berminat dengannya, untuk memberikan wang terhadapnya.
Keadaan ini tidak disangkakan sudah berapa wanita yang dia dekati semasa masih
berkawan dengannya, dia manusia yang tidak berperasaan, sekalipun tidak memikirkan
perasaan orang lain. Dia selalu minta wang macam meminta sedekah dan selalu
buat muka kesian, sehingga dia dapat apa yang dia inginkan. Kalaulah hendak
dikira-kira, hutang dia sudah beribu-ribu, tapi tidaklah heran dengan duit itu,
biar dia tanggung sendiri atas semua perbuatannya. Kekecewaan tidak lagi
berakhir, apabila dia kembali dan berkata untuk berubah jadi lebih baik. Sama
seperti biasa dia tidak sedikitpun mengubah sikapnya, tidak sedikpun dan
sekalipun.
Keadaan
semua berubah apabila mengenali ciri-ciri Saiful Azmeer lebih dekat lagi. Tidak
terlitas bagaimana namanya dapat diketahui, sedangkan kita hanya satu atau dua kali
bertemu dan tidak pernah terdengar kawannya memangilnya dengan sebutan Apul,
tapi dari mana agaknya dapat terfikir nama itu. Buat masa ini, berkerja lebih
baik untuk melupakan masalah lama. Ada betulnya, selama kerja di Hospital
Penawar semua dapat terlupakan dengan mudah, walaupun dalam keadaan ini masih
membujang tanpa teman lelaki, namun sungguh indahnya hidup ini tanpa dibebankan
masalah. Selama berkerja di sini, dapat lebih banyak pengalaman, tidaklah
terasa bosan kerana ada kawan yang bernama Aisyah. Dia seorang yang periang dan
tidak bermasalah untu berkongsi masalah bersamanya. Dia juga mempunyai kisah
yang sama, selalu putus-sambung dengan kekasihnya. Keadaan ini tidak
menghairankan lagi, kerana sudah teralami, maksudnya sudah terjadi pada diri
ini. Berkawan dengan dia macam sudah lama kenal, padahal baru berapa hari sahaja,
dengan sikap kita yang sama, kita jadi rapat dan tidaklah bosan untuk melakukan
perkerjaan.
Keadaan
sedemikian, dapat meringankan beban yang dipikul selama ini, dapat mengurangkan
fikiran terhadap lelaki yang tidak berperasaan itu. Daripada duduk di rumah dan
pergi belajar, lebih baik berkerja dan pergi belajar apabila kelas diadakan.
Memenuhi masa dalam kehidupan dapat belajar pengalaman yang baru, lagipun kelas
bukannya selalu diadakan. Tiada yang terfikirkan semenjak kerja di situ, tetapi
ada yang ganjil selama Zahid mucul dalam kehidupan ini, dia seolah-olah hendak
memikat, tetapi tidak sekalipun terlitas rasa minat. Dalam keadaan
mengenalinya, terlitas difikiran kawannya yang benama Apul dan cuba untuk dapat
tahu apa yang terasa selama ini, semasa berjumpa dia sebelumnya.
Kehadiran
Zahid, membuat diri ini tidak rasa selesa, kerana sikapnya yang perasaan sangat
dan membuat geli hati membaca pesan-pesan yang dihantar melalui mesej. Dalam
keadaan itu, boleh digunakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang jejaka yang
bernama Apul. Tidak sia-sia, akhirnya dapat juga mengetahui sikit demi sikit
tanpa dicurigai Zahid. Perjuagan ini belum berakhir, sebenarnya semua yang
dilakukan hanya untuk mengetahui perasaan yang ganjil ini, hanya itu sahaja.
Lambat laun, Zahid memberikan nombor telefon Apul, hanya dengan alasan hendak
mengetahui tetang kekasih lama yang tidak punya perasaan itu. Teringan juga
pesan dari Zahid, Apul tidak lah macam orang lain yang suka layan orang yang
tidak dikenali, tapi belum cuba belum tahu.
Dalam
kedaan itu, niat hati hendak cuba menelefonnya, akhirnya dia menjawab pangilan
yang dibuat pada malam itu, tapi malangnya dia tidak dapat berkata banyak
kerana dia sedang membawa motosikal untuk pulang ke rumahhnya. Tapi tidak lama
kemudian, cuba untuk telefonnya semula dan bertanyakan tetang Ann kekasih lama
yang kolot dan tidak berperasaan. Akhirnya dia menjawab dan menceritakan
semuanya keburukan Ann. Tidak terfikir Apul akan jawab pangilan ini dan melayan
dengan baik. Tapi adakah dia punya kekasih ?. Tidak lama kemudian, kita
berkawan dalam telefon bimbit dan cuba mengenali satu sama lain. Apabila diajak
keluar, ada aja alasan untuk cuba mengelak diri, dengan alasan berkerja dan
sebagainya. Cuba untuk faham keadaanya, mungkin dia ada betulnya, atau ada
seseorang yang marah apabila berjumpa dengan perempuan dimalam hari, mungkin
kekasihnya.
Satu
ketika di tempat kerja, banyak makanan yang tersisa. Hendak dibuang membazir
pula, dalam kedaan itu teringat Apul duduk dalam keadaan membujang dengan
kawan-kawannya, cuba untu memangilnya untuk mengambil makan ini. Tidak sia-sia
jemput dia datang mengambil makan, dia datang ke tempat kerja dan itulah kali
pertama dapat melihatnya dengan jelas. Tidak tersangkan, jangkaan itu betul,
dialah orng yang bernama Apul yang selama ini menjadi tanda tanya, nasib baik
tidak silap orang. Dalam hati tersenyum, suka bercapur-capur, entah apa yang
terasa, tersenyum dibuatnya. Setelah berikannya makanan dan dia berlalu pergi.
Macam itulah, apatah lagi baru berjumpa dan kenal. Yang penting diri ini dapat
tersemyum lagi.
Masa
demi masa berlalu, kita berjanji untuk berjumpa. Ada satu keadaan kita dapat
berjumpa dan makan tengahari bersama. Satu malam, kita bertemu dan saat itu
terluahlah segala kisah-kisah yang terpendam selama ini. Dia seorang pendengar
yang baik, dalam keadaan itu juga dia memahami dan sangat memahami apa yang
diceritakan sehingga lah diri ini mengeluarkan air mata di depannya. Cerita
kisah silam membuat diri ini menjadi rendah diri kala itu, kerana terfikir
bekas kekasih lama telah cuba mengabil kesempatan terhadap diri ini. Keadaan
itu sesungguhnya tidak tersedari sama sekali, kerana kekuatan diri ini sudah
hilang, disebabakan pukulan bekas kekasih yang sangat kuat sehingga tubuh tidak
dapat digerakkan dan mata tidak dapat terbuka. Syukurlah tiada apa yang berlaku. Keadaan ini telah terluahkan
kepadanya, entah mengapa rasa hati hendak meluahkan segalanya dengan dia dan
kejujuran selalu bersamanya. Luahan hati
pada malam itu membawa kita dalam perkenalan dengan lebih rapat.
Kehadiranya
dapat mengubat jiwa yang sedang membara dan dapat membalut luka yang dalam.
Tidak pernah terduga hadir impian hati di depan mata, sememangnya tidak di
sangka-sangka. Masalah lama sudah berlalu pergi, tidak ada yang terigat lagi
melainkan kebencian yang terpendam dalam jiwa yang telah disakiti. Dia selalu
memahami, walau dalam keadaan setiap hari yang membosankan. Kebosanan itu sudah
pergi, kerana ada kawan setiap hari. Kebiasaan setiap hari yang membosankan
tidak dapat terfikir apa yang patut dilakukan, kerana sikap diri yang engan
bergaul dengan rakan sekempus. Kerana kehadirannya dalam hidup ini, semuanya
berbeza, berkawan dengannya dan bergurau senda. Ada kebaikan yang dapat
terlihat dalam dirinya, dalam keaadaan itu hati rasa berdebar, dalam debaran
itu rasa ketenagan bila bersamanya, macam sudah lama kami berkenalan. Terasa
ingin mengenalinya lebih dekat lagi dan lebih erat lagi. Ini satu cabaran untuk
mengenali orang yang jenis macam ini, susah untuk diterangkan dan yang
terpenting dia tidak sama dengan yang lain.
Seseorang
yang memendam kisahnya, semua hal yang ditanya tidak ada yang menarik
jawapannya, lelaki yang pelik. Kami selalu bersama, pergi ke tasik yang
berdekatan, walaupun dia hanya menpunyai masa pada waktu siang dan kerja diwaktu
malam, tetapi dia dapat memberi sedikit masa untuk bersama. Perasaan terasa
risau, kerana takut dia terasa tergangu apabila selalu diajak bersama-sama.
Apakan daya tidak boleh terpisah dengannya, kerana diri ini memerlukan teman
dikala sedih dan pedih.
Hari
berlalu pergi ada satu ketika, kita berjalan ke pasaraya Today. Terigat sesuatu
di sana, iaitu kawan lama yang bernama Wan. Terfikir menyuruh Apul menolong
untuk membuat Wan cemburu. Mudah saja, disebabkan Wan kerja di kedai DVD dia
akan nampak kami berjalan di hadapan kedainya. Wan seorang yang sosial, dia
orang yang tidak beri pengaruh buruk dengan orang lain, tapi selalu berperagai
buruk. Berkawan dengannya sudah lama juga, tetapi sudah tidak berteguh kerana
dia menaruh hati dengan perempuan lain dan perempuan itu menyerang dan berkata
jangan gangu kekasih orang. Tidak telayani sikap mereka yang sangat kolot.
Dalam keadaan kami berjalan-jalan, Apul cuba untuk menolong dan semua terdiam.
Kawan yang selama ini melihat kami rapat, tersenyum kerana sekarang sudah ada
kekasih baru dalah hidup ini dan bukan lagi Wan. Barulah dia sedar yang
sebenarnya tidak terlitas sedikitpun persaan ini untuk Wan. Sebenarnya dalam
keadaan menunjuk Apul di depan Wan, tangan Apul terpengang kuat dan berjalan
dengan rapat sekali. Apul seakan tergangu dengan keadaan ini. Lagipun tiada
hubugan apapun, mungkin dia rasa lain dari yang lain. Maaf ya, mungkin untuk
kali ini saja.
Banyak
hal yang kami alami bersama, dia tidak bercerita kisah cintanya, kerana dia
hanya ada kawan di tempat kerjanya mungkin itu lah kekasihnya. Dia pernah berkata
tidak pernah bercinta. Hati mengelak dan berkata, orang macam dia, tidak
mungkin masih belum penah rasakan cinta sangat mustahil. Mungkin dia suka
menyembunyikan kisah silamnya sendiri. Kita berdua pergi karoke di sebuat pusat
membeli belah terdekat. Ketika itu bekas kekasih yang kolot dan tidak
berperasaan, menelefon dan terus menelefon, entah apa yang dia hendak lagi.
Apul menasihati jangan layan, kerana mungkin dia hendak meminta bantuan lagi dan
memujuk rayu lagi untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Dalam keadaan itu
Apul peneman yang setia, tidak ingin diri ini disakiti lagi. Kami menikmati
nyayian dan suara dia ok juga.
Ada
satu ketika kami bercadang untuk kerjakan bekas kekasih yang kolot itu, supaya
dia dapat rasakan. Banyak perancagan kami untuk membuat orang kolot itu dapat
balasan atas yang dilakukan selama ini, bukan sahaja untuk diri ini tetapi,
untuk semuanya. Sebenarnya dalam keadaan bersamanya perasaan ini rasa sangat
tenang, banyak tempat yang kami pergi dan selalu bersama walaupun hanya ada
sedikit masa untuk bersamanya, tetapi hati rasa bahagia.
Lama
kelamaan ada satu ketika, ingin mengajaknya untuk bertemu dengan ibubapanya,
tetapi tidak ada jawapan melainkan, tidak boleh. Dalam hati kala itu mengapa
tidak, sedangkan kita sudah lama berkenalan. Mungkin memerlukan masa untuk dia
sendiri yang membawa dan mengajak dengan rela hati.
best jugak seterusnya
ReplyDelete