Pertama berjumpa, hati banyak berkata-kata, jiwa terbayangkan sesuatu dan fikiran entah apa yang terfikir saat itu. Niat hati mencuba dapatkan nya, tapi fikiran mengelak, kerana dalam keadaan itu seluruh badan seakan menunjukkan hal yang tak akan pernah berlaku. Jujur perasaan ini tidak pernah terasa sebelumnya, sukar di istilah mengunakan kata-kata, cuma rasa ini menjadi tanda tanya. Keadaan itu bermula semasa kita dalam keadaan yang sangat pelik, dia membantu bekas kekasih untuk membaiki tayar moto yang pancit. Walaupun gelap tapi wajahnya terang dalam penglihatan ini.

Setiap hari dipenuhi kegiataan, seperti berkerja sambil belajar. Banyak perancagan yang perlu dibuat selepas exam, untuk memenuhi masa daripada buat hal yang tidak penting. Di kampus tidak ada yang dapat selain belajar, kerana sikap yang jarang bergaul dengan rakan-rakan lain, hanya bersama dengan mereka apabila makan. Bukan sikap yang suka menyendiri sebenarnya, hanya kurang menarik bergaul dengan mereka, karana sikap mereka yang suka merendahkan harga diri orang lain. Daripada pandangan luar mereka sangat cantik dan bergaya, tapi itu pun mengaharap pinjaman PTPTN. Kerana keluarga yang menyara pendidikan ini, sebab itu sukar untuk mendapatkan wang untuk kegunaan lain. Melainkan mereka yang ingin pergi berbelanja, boleh minta apa yang perlu untuk digunakan. Tungu wang sampai ketangan barulah boleh beli-belah untuk diri sendiri. Kalau dihayati dengan lebih mendalam kehidupan semua orang belaianan ada juga persamaan, tapi jarang sangat. Kisah diri ini kalau dihayati dengan teliti tidak ada yang menarik.

Bermula dari keluarga yang tidak bersikap sejuk, hari-hari berapi dan dengan masalah dalam rumah yang tidak ada habis-habisnya. Mungkin banyak kelelawar dalam rumah, sebab itulah rumah tidak pernah bersih dengan masalah. Juga dengan bekas kekasih yang setiap saat curang dan bermasalah dalam kewangan. Tidak pernah mengelak untuk cuba membatunya, kerana hati tidak pernah terasa berat untuk membantunya. Antara tipu ataupun tidak, tidak tahu kebenaranya. Tapi pada saat akhir terasa semuanya hanya lakonannya belaka, dia memang lelaki yang pentingkan dirinya sendiri dan kekayaan seseorang, maksud yang jelas gilakan wang atau kasanova. Entah mana wangnya pergi, sesenpun tidak pernah terasa dan nampak duitnya selama berkawan dengannya. 

Hendak dikatakan dari tahun 2008 sehinggalah tahun 2010 lakonannya sangatlah pandai, untuk menarik simpati dari setiap wanita yang berminat dengannya, untuk memberikan wang terhadapnya. Keadaan ini tidak disangkakan sudah berapa wanita yang dia dekati semasa masih berkawan dengannya, dia manusia yang tidak berperasaan, sekalipun tidak memikirkan perasaan orang lain. Dia selalu minta wang macam meminta sedekah dan selalu buat muka kesian, sehingga dia dapat apa yang dia inginkan. Kalaulah hendak dikira-kira, hutang dia sudah beribu-ribu, tapi tidaklah heran dengan duit itu, biar dia tanggung sendiri atas semua perbuatannya. Kekecewaan tidak lagi berakhir, apabila dia kembali dan berkata untuk berubah jadi lebih baik. Sama seperti biasa dia tidak sedikitpun mengubah sikapnya, tidak sedikpun dan sekalipun.

Keadaan semua berubah apabila mengenali ciri-ciri Saiful Azmeer lebih dekat lagi. Tidak terlitas bagaimana namanya dapat diketahui, sedangkan kita hanya satu atau dua kali bertemu dan tidak pernah terdengar kawannya memangilnya dengan sebutan Apul, tapi dari mana agaknya dapat terfikir nama itu. Buat masa ini, berkerja lebih baik untuk melupakan masalah lama. Ada betulnya, selama kerja di Hospital Penawar semua dapat terlupakan dengan mudah, walaupun dalam keadaan ini masih membujang tanpa teman lelaki, namun sungguh indahnya hidup ini tanpa dibebankan masalah. Selama berkerja di sini, dapat lebih banyak pengalaman, tidaklah terasa bosan kerana ada kawan yang bernama Aisyah. Dia seorang yang periang dan tidak bermasalah untu berkongsi masalah bersamanya. Dia juga mempunyai kisah yang sama, selalu putus-sambung dengan kekasihnya. Keadaan ini tidak menghairankan lagi, kerana sudah teralami, maksudnya sudah terjadi pada diri ini. Berkawan dengan dia macam sudah lama kenal, padahal baru berapa hari sahaja, dengan sikap kita yang sama, kita jadi rapat dan tidaklah bosan untuk melakukan perkerjaan.

Keadaan sedemikian, dapat meringankan beban yang dipikul selama ini, dapat mengurangkan fikiran terhadap lelaki yang tidak berperasaan itu. Daripada duduk di rumah dan pergi belajar, lebih baik berkerja dan pergi belajar apabila kelas diadakan. Memenuhi masa dalam kehidupan dapat belajar pengalaman yang baru, lagipun kelas bukannya selalu diadakan. Tiada yang terfikirkan semenjak kerja di situ, tetapi ada yang ganjil selama Zahid mucul dalam kehidupan ini, dia seolah-olah hendak memikat, tetapi tidak sekalipun terlitas rasa minat. Dalam keadaan mengenalinya, terlitas difikiran kawannya yang benama Apul dan cuba untuk dapat tahu apa yang terasa selama ini, semasa berjumpa dia sebelumnya. 

Kehadiran Zahid, membuat diri ini tidak rasa selesa, kerana sikapnya yang perasaan sangat dan membuat geli hati membaca pesan-pesan yang dihantar melalui mesej. Dalam keadaan itu, boleh digunakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang jejaka yang bernama Apul. Tidak sia-sia, akhirnya dapat juga mengetahui sikit demi sikit tanpa dicurigai Zahid. Perjuagan ini belum berakhir, sebenarnya semua yang dilakukan hanya untuk mengetahui perasaan yang ganjil ini, hanya itu sahaja. Lambat laun, Zahid memberikan nombor telefon Apul, hanya dengan alasan hendak mengetahui tetang kekasih lama yang tidak punya perasaan itu. Teringan juga pesan dari Zahid, Apul tidak lah macam orang lain yang suka layan orang yang tidak dikenali, tapi belum cuba belum tahu.

Dalam kedaan itu, niat hati hendak cuba menelefonnya, akhirnya dia menjawab pangilan yang dibuat pada malam itu, tapi malangnya dia tidak dapat berkata banyak kerana dia sedang membawa motosikal untuk pulang ke rumahhnya. Tapi tidak lama kemudian, cuba untuk telefonnya semula dan bertanyakan tetang Ann kekasih lama yang kolot dan tidak berperasaan. Akhirnya dia menjawab dan menceritakan semuanya keburukan Ann. Tidak terfikir Apul akan jawab pangilan ini dan melayan dengan baik. Tapi adakah dia punya kekasih ?. Tidak lama kemudian, kita berkawan dalam telefon bimbit dan cuba mengenali satu sama lain. Apabila diajak keluar, ada aja alasan untuk cuba mengelak diri, dengan alasan berkerja dan sebagainya. Cuba untuk faham keadaanya, mungkin dia ada betulnya, atau ada seseorang yang marah apabila berjumpa dengan perempuan dimalam hari, mungkin kekasihnya.

Satu ketika di tempat kerja, banyak makanan yang tersisa. Hendak dibuang membazir pula, dalam kedaan itu teringat Apul duduk dalam keadaan membujang dengan kawan-kawannya, cuba untu memangilnya untuk mengambil makan ini. Tidak sia-sia jemput dia datang mengambil makan, dia datang ke tempat kerja dan itulah kali pertama dapat melihatnya dengan jelas. Tidak tersangkan, jangkaan itu betul, dialah orng yang bernama Apul yang selama ini menjadi tanda tanya, nasib baik tidak silap orang. Dalam hati tersenyum, suka bercapur-capur, entah apa yang terasa, tersenyum dibuatnya. Setelah berikannya makanan dan dia berlalu pergi. Macam itulah, apatah lagi baru berjumpa dan kenal. Yang penting diri ini dapat tersemyum lagi.

Masa demi masa berlalu, kita berjanji untuk berjumpa. Ada satu keadaan kita dapat berjumpa dan makan tengahari bersama. Satu malam, kita bertemu dan saat itu terluahlah segala kisah-kisah yang terpendam selama ini. Dia seorang pendengar yang baik, dalam keadaan itu juga dia memahami dan sangat memahami apa yang diceritakan sehingga lah diri ini mengeluarkan air mata di depannya. Cerita kisah silam membuat diri ini menjadi rendah diri kala itu, kerana terfikir bekas kekasih lama telah cuba mengabil kesempatan terhadap diri ini. Keadaan itu sesungguhnya tidak tersedari sama sekali, kerana kekuatan diri ini sudah hilang, disebabakan pukulan bekas kekasih yang sangat kuat sehingga tubuh tidak dapat digerakkan dan mata tidak dapat terbuka. Syukurlah tiada apa yang berlaku. Keadaan ini telah terluahkan kepadanya, entah mengapa rasa hati hendak meluahkan segalanya dengan dia dan kejujuran selalu bersamanya. Luahan  hati pada malam itu membawa kita dalam perkenalan dengan lebih rapat.

Kehadiranya dapat mengubat jiwa yang sedang membara dan dapat membalut luka yang dalam. Tidak pernah terduga hadir impian hati di depan mata, sememangnya tidak di sangka-sangka. Masalah lama sudah berlalu pergi, tidak ada yang terigat lagi melainkan kebencian yang terpendam dalam jiwa yang telah disakiti. Dia selalu memahami, walau dalam keadaan setiap hari yang membosankan. Kebosanan itu sudah pergi, kerana ada kawan setiap hari. Kebiasaan setiap hari yang membosankan tidak dapat terfikir apa yang patut dilakukan, kerana sikap diri yang engan bergaul dengan rakan sekempus. Kerana kehadirannya dalam hidup ini, semuanya berbeza, berkawan dengannya dan bergurau senda. Ada kebaikan yang dapat terlihat dalam dirinya, dalam keaadaan itu hati rasa berdebar, dalam debaran itu rasa ketenagan bila bersamanya, macam sudah lama kami berkenalan. Terasa ingin mengenalinya lebih dekat lagi dan lebih erat lagi. Ini satu cabaran untuk mengenali orang yang jenis macam ini, susah untuk diterangkan dan yang terpenting dia tidak sama dengan yang lain.

Seseorang yang memendam kisahnya, semua hal yang ditanya tidak ada yang menarik jawapannya, lelaki yang pelik. Kami selalu bersama, pergi ke tasik yang berdekatan, walaupun dia hanya menpunyai masa pada waktu siang dan kerja diwaktu malam, tetapi dia dapat memberi sedikit masa untuk bersama. Perasaan terasa risau, kerana takut dia terasa tergangu apabila selalu diajak bersama-sama. Apakan daya tidak boleh terpisah dengannya, kerana diri ini memerlukan teman dikala sedih dan pedih.

Hari berlalu pergi ada satu ketika, kita berjalan ke pasaraya Today. Terigat sesuatu di sana, iaitu kawan lama yang bernama Wan. Terfikir menyuruh Apul menolong untuk membuat Wan cemburu. Mudah saja, disebabkan Wan kerja di kedai DVD dia akan nampak kami berjalan di hadapan kedainya. Wan seorang yang sosial, dia orang yang tidak beri pengaruh buruk dengan orang lain, tapi selalu berperagai buruk. Berkawan dengannya sudah lama juga, tetapi sudah tidak berteguh kerana dia menaruh hati dengan perempuan lain dan perempuan itu menyerang dan berkata jangan gangu kekasih orang. Tidak telayani sikap mereka yang sangat kolot. Dalam keadaan kami berjalan-jalan, Apul cuba untuk menolong dan semua terdiam. Kawan yang selama ini melihat kami rapat, tersenyum kerana sekarang sudah ada kekasih baru dalah hidup ini dan bukan lagi Wan. Barulah dia sedar yang sebenarnya tidak terlitas sedikitpun persaan ini untuk Wan. Sebenarnya dalam keadaan menunjuk Apul di depan Wan, tangan Apul terpengang kuat dan berjalan dengan rapat sekali. Apul seakan tergangu dengan keadaan ini. Lagipun tiada hubugan apapun, mungkin dia rasa lain dari yang lain. Maaf ya, mungkin untuk kali ini saja.

Banyak hal yang kami alami bersama, dia tidak bercerita kisah cintanya, kerana dia hanya ada kawan di tempat kerjanya mungkin itu lah kekasihnya. Dia pernah berkata tidak pernah bercinta. Hati mengelak dan berkata, orang macam dia, tidak mungkin masih belum penah rasakan cinta sangat mustahil. Mungkin dia suka menyembunyikan kisah silamnya sendiri. Kita berdua pergi karoke di sebuat pusat membeli belah terdekat. Ketika itu bekas kekasih yang kolot dan tidak berperasaan, menelefon dan terus menelefon, entah apa yang dia hendak lagi. Apul menasihati jangan layan, kerana mungkin dia hendak meminta bantuan lagi dan memujuk rayu lagi untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Dalam keadaan itu Apul peneman yang setia, tidak ingin diri ini disakiti lagi. Kami menikmati nyayian dan suara dia ok juga.

Ada satu ketika kami bercadang untuk kerjakan bekas kekasih yang kolot itu, supaya dia dapat rasakan. Banyak perancagan kami untuk membuat orang kolot itu dapat balasan atas yang dilakukan selama ini, bukan sahaja untuk diri ini tetapi, untuk semuanya. Sebenarnya dalam keadaan bersamanya perasaan ini rasa sangat tenang, banyak tempat yang kami pergi dan selalu bersama walaupun hanya ada sedikit masa untuk bersamanya, tetapi hati rasa bahagia.

Lama kelamaan ada satu ketika, ingin mengajaknya untuk bertemu dengan ibubapanya, tetapi tidak ada jawapan melainkan, tidak boleh. Dalam hati kala itu mengapa tidak, sedangkan kita sudah lama berkenalan. Mungkin memerlukan masa untuk dia sendiri yang membawa dan mengajak dengan rela hati.